Thursday 1 January 2015

Beza Botol Perfume Spray dan Roll On.Mana Satu Lebih Baik?

Jenis botol perfume jenis SPRAY kebiasaannya boleh dikategorikan kepada 2 jenis:-

1) Skrew

 2) Clamp - Diikat dengan mesin

Dan botol jenis spray ini biasanya digunakan untuk wangian dari kategori perfume, EDT, EDP dan body mist.
Botol jenis spray ini sesuai kerana, konsentrasi alkohol dan DPG melebihi kuantiti minyak. Partikel semburan lebih halus dan wangian akan lebih terserak luas ke permukaan fabrik dan kulit.


Jenis botol wangian ROLL ON pula mempunyai satu jenis sahaja iaitu seperti dibawah ini:-


Jenis botol roll on ini hanya sesuai dengan minyak wangi berasaskan PATI seperti minyak wangi kasturi, gaharu, dan pati  minyak yang melebihi 60%  kandungan.

Jadi penggunaan botol spray dan roll on adalah bergantung kepada kategori wangian, kerana jika kita tersilap pilih botol yang sesuai dengan wangian kita, berkemungkinan wangian akan tumpah dan perfume tidak dapat disembur dengan baik kepada pengguna.


No comments:

Post a Comment