Friday 24 October 2014

AWAS!! HARAM MEMAKAI WANGIAN BERALKOHOL!!?

NANTI DULU.....BACA ARTIKEL NI SAMPAI HABIS SEBELUM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN.




ALKOHOL DALAM WANGIAN?


Alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu:
i)Alkohol kayu (methanol)
ii)Alkohol biji-bijian (ethanol)
Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH.
Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.
Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.

Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.

Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.
Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan

KESIMPULANNYA
DIDALAM MAJLIS MUZAKARAH FATWA KEBANGSAAN MALAYSIA JUGA MENYATAKAN DALAM PERKARA 7.
ARAK adalah memabukkan dan ia adalah HARAM seperti sabda Nabi S.A.W. “Setiap yang memabukkan itu haram. Setiap yang memabukkan itu arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram” (HR MUSLIM). Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis, manakala arak tetap najis. Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka Jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama cara nya dengan arak adalah HARAM, alkohol yang terjadi sampingan dari proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol adalah HARUS dan dimaafkan.

No comments:

Post a Comment