Wednesday 22 October 2014

TIPS BISNES TERHEBAT

TIPS BISNES
Idea merupakan teman rapat bisnes kita.
Kita lebih mudah corakkan idea kita guna sistem yang betul, dan sudah terbukti berkesan.
Teknik ini boleh ransang idea kita agar digunakan secara maksimum.
KUNCI #1 – BIARKAN OTAK KITA ‘MELIAR’.
Gunakan fungsi mind-mapping.
Bila muncul idea, tulis idea itu atas kertas. Mind-mapping buat kita mudah rangka idea secara terperinci. Gunakan daya kreativiti.
Banyakkan bahan bacaan juga boleh membantu.
Teknik ini juga boleh buatkan kita sentiasa teruja. Kerana idea jelas nampak di depan mata. Validasi keberkesanan idea juga boleh dilakukan.
KUNCI #2 – RANCANG TINDAKAN GUNA IDEA KITA.
Faham idea kita sedalam mungkin.
Bila ada idea, lakukan teknik #1. Ia akan buat kita nampak dan lebih jelas kepada idea itu. Konsep penggunaan idea, seterusnya boleh dirangka.
Buat beberapa konsep yang sesuai untuk sasaran pelanggan. Teknik ini boleh buat kerja pemilihan ayat ‘bahasa pelanggan’ senang dilakukan, untuk diguna secara tepat dengan idea kita.
KUNCI #3 – BUAT SENARAI LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN.
Senaraikan rancangan tindakan untuk guna idea sebaik mungkin.
Abadikan senarai itu pada kertas. Setiap satu rancangan. Habis tulis, baca senarai itu daripada bawah ke atas. Jika ada yang sesuai. kita gunakan.
Cara ini buat kita sentiasa terkawal dan fokus target kita. Kita akan sentiasa ‘berhubung’ dengan idea dan digunakan dengan maksimum.
KUNCI #4 – BAHAGI OBJEKTIF SECARA MIKRO.
Setiap sebuah kerja yang kita selesai, ‘belanja’ diri kita.
Langkah ini akan pastikan diri sentiasa bermotivasi. Apabila kita positif, lebih mudah kita capai objektif yang kita mahu.
Beritahu diri sendiri, kita semakin hampir dan teruja untuk dapatkannya. Lakukan ini sehingga timbul persepsi negatif apabila kita tidak buat langkah ini.
KUNCI #5 – NOMBOR KERAMAT = 48.
Jika idea kita tidak diguna dalam tempoh 48 jam, ia akan ‘mati’.
Anggapan ini akan buat kita bertindak segera. Sejurus idea selesai dirangka dan ‘planning’ penggunaan sudah sedia.
Ia juga buat kita sentiasa mahu hasilkan idea baru. Ransangan ini akan bantu kita dengan hasilkan banyak idea. Lagi kerap, lagi ‘biasa’ kita bermain dengan idea.
ILMU BUAT IKLAN BISNES TERLAJAK LARIS.
Prospek mulakan bacaan mereka pada headline dalam tempoh kurang 3 saat.
Jika headline gagal masa itu, surat jualan kita turut gagal jalankan fungsinya.



*kredit to Aqif Azizan

No comments:

Post a Comment