Monday 10 November 2014

CARA PALING PANTAS MENDAPATKAN "DOWNLINE" PERNIAGAAN ANDA.

Anda selalu ada masalah mencari rakan niaga atau "downline" dalam dunia perniagaan?



Rakan niaga atau downline amat penting bagi menentukan kejayaan dan berapa besarnya organisasi perniagaan anda, tidak ada sesiapa yang sanggup berniaga sehingga berumur 60 tahun kecuali perniagaan kita sudah ada sistem "back office" yang cukup stabil, serta perniagaan kita boleh diambil alih oleh generasi kita yang dipercayai.

Disini saya ingin kongsikan bagaimana TEKNIK atau CARA paling PANTAS mendapatkan rakan niaga atau downline untuk perniagaan anda.

Kita gunakan TEKNIK - KFC SS

K - Keluarga
Kita wajib perkenalkan produk kepada ahli keluarga terdekat dahulu, seterusnya diperkenalkan kepada sebelah ibu dan juga sebelah ayah.Niatkan supaya kita ada perniagaan dan InsyaALLAH dengan perniagaan ini dapat membantu kewangan mereka disamping meluaskan lagi delegasi perniagaan anda.

F- Friend - Kawan Rapat
Sudah tentunya didalam telefon bimbit anda , majoriti baik dengan anda, dari senarai A sampai Z, terlalu ramai yang boleh dijadikan rakan niaga dengan niat ingin membantu kewangan mereka.Caranya sangat mudah, mulakan denga senarai nama bermula huruf A, pilih 10 orang , dari 10 itu , hanya 5 yang terpilih dahulu untuk kita hubungi dan selepas selesai, kita hubungi lagi 5 yang tinggal tadi,sehinggalah habis huruf Z.

C - Collegue - Rakan kerja
Saya jamin, paling minima mesti terdapat 5 orang dalam sesebuah syarikat betul?Perkenalkan kepada mereka produk anda dan mungkin pada awalnya berikan mereka pek percubaan atau sebagainya, dan disusuli denga teknik "follow up" yang berkesan.

S - $ dollar sign - Mereka yang selalu ambil duit kita.
Siapa lagi? kalau bukan kedai runcit ke? kedai mamak ke? kedai burger ke.Berselorohlah buat pertama kalinya kepada mereka tentang produk anda, berceritalah dengan hati yang ikhlas dan sentiasa "berdoa" supaya mereka boleh " membantu anda dalam perniagaan anda.

S - Stranger - Orang yang tidak dikenali.
Ini paling susah tapi jika kita tahu seninya, pasti mudah kerana percayalah , ramai orang yang diluar sana sedang mencari peluang menambah pendapatan mereka. Jalinkan hubungan baik, berkawan dan akhirnya dapat membantu satu - sama lain. Insya Allah.

*Jika anda teliti dan menggunakan teknik KFC sahaja, sudah boleh menghasilkan jualan 5angka sebulan, kerana apa? saya telah berjaya menghasilkan pendapatan begitu dengan hanya menggunakan "K" sahaja.

Selamat mencuba
Dan semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment