Monday 27 October 2014

SKIM PINJAMAN USAHAWAN 2014

PINJAM 1,000 DAPAT 10,000
Mula - mula baca ni mesti anda semua macam ni kan?hehe

Berdosa la saya kalau saya bohong anda semua, Skim ni dipanggil skim usahawan dunia akhirat.

ALLAH maha kaya, Dia telah janjikan kepada makhluknya waima binatang dan tumbuh - tumbuhan , barangsiapa bersalawat kepada Nabi Besar Junjungan , Kekasih ALLAH , Nabi Muhammad SAW sekali, ganjarannya ALLAH dan Para Malaikat akat berselawat keatas kita 10 kali.

Kelebihan berselawat kepada Baginda dijelaskan dalam banyak hadis sahih yang lain, antaranya:- "Barang siapa berselawat ke atasku satu selawat, nescaya Allah akan membalasnya dengan sepuluh selawat, mengangkat kedudukannya sepuluh darjat, mencatatkan baginya sepuluh kebajikan dan menggugurkan daripadanya sepuluh kejahatan." - "Orang yang mendapat syafaatku (pertolongan) pada hari kiamat ialah orang yang banyak berselawat ke atasku." - "Sesiapa yang mengucapkan "Allahumma solli ala Muhammad (Ya Allah, Ya Tuhan! Sampaikanlah selawat atas Muhammad) dan kurniakanlah kepadanya kedudukan yang dekat kepada-Mu pada hari kiamat", maka dia pasti akan mendapat syafaat-Ku."

Terlalu banyak hadith menghuraikan kebaikan dan ganjaran berselawat keatas Nabi Muhammad Saw yang telah diceritakan didunia lagi, menjadi simpanan kita diakhirat kelak.Diantara fadhilat berselawat keatas Nabi 1000 kali ini adalah :-
1- Sesiapa berselawat 1000 kali sehari, ALLAH menjauhkan dari ancaman musuh.
2-Berselawat 1000 kali selepas soalt hajat 2 rakaat, ALLAH akan menghilangkan keresahan dan dukacita serta ALLAH akan memakbulkan doanya.
3-Selawat 1000 kali, ALLAH akan kurniakan kebijaksanaan ilmu dan berusahalah mencarinya, dan banyak lagi.

PERSOALANNYA, BILA NAK BUAT?
BANYAK TU...

(Tasbih dengan nombor tertera,memudahkan kiraan zikir )

NAK SAYA AJARKAN CARANYA?

PERASAN TAK? gambar yang diatas sekali tu nampak macam nak buat pinjaman kan? nak berhutang?

konsep inilah yang kita boleh guna untuk menghabiskan 1000 selawat keatas Nabi Muhammad SAW sehari.

Konsep 'BERHUTANG" dengan ALLAH.

Setiap hari, ibarat kita "berhutang" 1000X selawat dengan ALLAH dan jika kita tak dapat habiskan 1000X dalam sehari, maka bakinya kita WAJIB bawa keesokan harinya. FAHAM?

"LEBIH BAIK SELAWAT DENGAN ALLAH, DARI BERHUTANG DUIT DENGAN MANUSIA"

Sama - samalah kita berusaha kearah ini, kerana ramai daripada orang yang BERJAYA yang saya jumpa, mereka mesti mengamalkan selawat 1000X ini setiap hari.

Amalan ni amatlah digalakkan bagi seorang usahawan seperti anda.

PASTIKAN NIAT IKHLAS KERANA ALLAH TA'ALA, TERAPKAN KASIH SAYANG MENDALAM KEATAS NABI BESAR KITA , NABI MUHAMMAD SAW SEMASA KITA BERSELAWAT,

FAHAMI MAKSUDNYA, DALAMI PENGORBANANNYA DAN KALAU PERLU MENANGIS, MENANGISLAH, MOHON KEPADA ALLAH PERKARA YANG ANDA INGINKAN.INSYAALLAH AKAN DIMAKBULKAN SEGALA HAJAT ANDA.AMIN.

Moga perkongsian memberi manfaat.
Yang baik datang dari ALLAH, yang buruk itu datangnya dari kejahilan saya sendiri.





No comments:

Post a Comment