Sunday 26 October 2014

PRODUK TERJUAL TANPA MENJUAL

Puas buat promosi tapi barang tak terjual?
Ada jualan tapi tiada "repeat order"?
Jangan putus asa,ada jalan penyelesaiannya..

Saya bukanla seorang yang hebat atau tempat yang tepat nak berkongsi ilmu perniagaan,cuma saya sendiri pernah mengalami situasi ini lebih 1 tahun lebih.Banyak jatuh bangun dalam dunia perniagaan,terutamanya dalam bidang minyak wangi ni terlalu banyak saingannya.

So,apa perkara yang membuatkan kita ni berbeza dengan pesaing lain?

Ada 2 elemen yang cukup POWER yang saya telah gunakan dan terbukti menghasilkan jualan 25k lebih dalam sebulan,TANPA MENJUAL!

Ingat!Orang kita ni tak minat membeli kalau kita terhegeh -hegeh menjual,tidak kiralah offline ke atau online.

So,yang pertama- 
SHARE
-----------
"Sharing is not selling,selling is not sharing" mendalam tu,fahamkan.

Senaraikan at least 10 nilai,keistimewaan produk anda yang dapat dikongsikan kepada orang ramai.Ia kerana,pembeli akan beli sesuatu produk yang dapat menyelesaikan masalah mereka.Tidak kiralah produk anda itu produk keperluan atau produk kemahuan.

Bila dah ada 10 nilai tambah tu,kupas secara mendalam satu persatu,kongsikan samada di fanpage,website atau di blog anda menggunakan "headline" atau tajuk yang baik.Tarik minat mereka dengan kepentingan dan keistimewaan produk anda berbanding produk yang ada dipasaran.

Kedua-
PENGHARGAAN
-------------------------
Sudah pasti jika anda share sesuatu yang menarik minat orang ramai,mereka akan like dan ada juga yang share semula info anda.So,masa inilah kita menghargai mereka dengan memberi mereka "hadiah" tidak kiralah daru segi e-book,hadiah misteri atau produk anda sendiri.

Dalam kata lain,penghargaan ini adalah satu bentuk sedekah kepada pelanggan kita.Percayalah,sedekah itu tidak akan menjadikan kita miskin,malah Allah telah menjanjikan kekayaan berlipat kali ganda.

Moga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat.

Jumpa dilain post





No comments:

Post a Comment