Saturday 25 October 2014

PERFUME TERBARU 2014 - HMperfume

Assalamualaikum.
Salam Awal Muharram kepada semua yang layari blog HMperfume hari ini.Diharapkan semua sihat, ceria, gembira, juga kami doakan anda semua kaya berjaya Dunia Akhirat.

Post kali ini lebih ke arah penambahbaikan blog kerana, "tugasan" pertama saya telah mendapat comment yang memberangsangkan dari Coach Wan Zaki.Alhamdulillah.Terima kasih coach.

Ok,straight to the point,
Harini saya nak berkongsi sedikit tentang "product development" yang kami sedang lakukan terhadap produk wangian Hayyan Magiq Perfume.

Pembangunan produk "teramatlah"penting dalam sesebuah perniagaan tidak kiralah dari produk servis atau produk fizikal kerana ia bergantung kepada beberapa faktor diantaranya , teknologi, permintaan pelanggan , pasaran dan lain - lain ( nak tahu semua - kita buat PC ).

Pada tahap ini, setelah 1 tahun lebih "bergelumang" dengan penjualan produk antarabangsa, kami mengorak langkah drastik dengan menghasilkan produk "signature perfume" kami sendiri iaitu Perfection dan Passion lover.


Gabungan kerjasama penyelidikan Biotech Melaka dan analisis not wangian utama, maka terhasillah wangian yang boleh dipakai oleh lelaki dan wanita dalam satu botol dipanggil "Unisex perfume".

Kami juga fokus kepada warna tema, logo jenama baru, pakej kotak, serta pengkhususan botol dari 5ml,50ml dan 100ml sahaja. 

Untuk produk baru ini, kami juga mulakan dengan fasa berperingkat dari fasa 1 sehingga fasa "high end", dimana pada fasa 1, seperti biasa kami akan memperkenalkan produk ini kepada keluarga dahulu, seterusnya pelanggan kami. Alhamdulillah, mereka semua sukakan wangian perfection dan passion lover.

Harga? ya , kami tetap mengikut harga yang sama dengan wangian Hayyan Magiq Perfume yang lain.

Bagaimana dengan not bau perfection dan Passion Lover?Sambungan pada post yang akan datang.Doakan InsyaAllah.


Untuk membuat sebarang tempahan Perfection dan Passion Lover, sila ke ruangan tempahan dan pilih kod Passion Lover @ Perfection Inspired by HMperfume. Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment